Saturday 12 November 2011

Hari Anugerah Cemerlang 2011

Hari ini hari penyampaian Anugerah Cemerlang 2011 Sekolah Kebangsaan Taming Jaya.  Saya pergi sekolah menaiki kereta bersama otok, opah, ayah, aman dan adik.




Mama saya tak ikut kerana mama saya pergi belajar di universiti. Saya mendapat 3 hadiah beserta dengan sijil cemerlang. Hadiah yang pertama saya mendapat no 1 di kelas 1 Wawasan. Hadiah kedua ialah hadiah cemerlang dalam matematik dan hadiah yang ketiga ialah untuk kecemerlangan dalam semua kelas Tahun 1.



Mama pula hadiahkan permainan Toy Story koboi yang bernama Woody.  Ayah pula belanja saya makan KFC. Terima kasih Ayah dan Mama!

No comments:

Post a Comment