Friday 18 November 2011

Hari Kecemerlangan KAFA Integrasi Al-Ehsaniyyah

 Hari ini hari penyampaian hadiah di sekolah agama saya. Saya berkumpul di dewan. Saya menerima hadiah dengan sopan. Saya mendapat no1 dalam kelas 1 Jannatul Salam.  Tempat kedua ialah Ikmal,dan tempat ketiga ialah Aishah Sulaiman.







Saturday 12 November 2011

Hari Anugerah Cemerlang 2011

Hari ini hari penyampaian Anugerah Cemerlang 2011 Sekolah Kebangsaan Taming Jaya.  Saya pergi sekolah menaiki kereta bersama otok, opah, ayah, aman dan adik.




Mama saya tak ikut kerana mama saya pergi belajar di universiti. Saya mendapat 3 hadiah beserta dengan sijil cemerlang. Hadiah yang pertama saya mendapat no 1 di kelas 1 Wawasan. Hadiah kedua ialah hadiah cemerlang dalam matematik dan hadiah yang ketiga ialah untuk kecemerlangan dalam semua kelas Tahun 1.



Mama pula hadiahkan permainan Toy Story koboi yang bernama Woody.  Ayah pula belanja saya makan KFC. Terima kasih Ayah dan Mama!

Friday 11 November 2011

Shamer dan Angry Birds


Saya sangat suka main game Angry Birds  dan saya mempunyai 6 patung Angry Bird  iaitu Big Red (Merah), Speedy (Kuning), Splitter (Biru), Socko (Hitam), Tiny (Putih) dan Monkey Bird (Hijau). Angry bird yang paling saya suka ialah Speedy, Monkey Bird dan Socko. Saya sangat suka Angry bird kerana saya dapat menggunakan kuasa angry bird  untuk memecahkan kayu, ais dan batu.